Faqs

Frequently Ask Question

1. Berapa backdrop untuk raya 2026 ?

2 backdrop untuk tahun 2026 iaitu:
a) Tema Modern
b) Tema Classic

2. Berapa backdrop akan shoot nanti jika buat tempahan. Boleh pilih backdrop ke?

Untuk sesi 15 minit akan dapat shoot 1 backdrop, bergantung pada jumlah bilangan keluarga. Untuk shoot 2  backdrop perlu buat booking berasingan di website. Jika bilangan keluarga adalah ramai disarankan ambil 2 slot(30minit) atau lebih.

3. Adakah saya perlu membuat tempahan untuk dapatkan slot photoshoot? Adakah walk-in sahaja pada bila-bila masa di studio dibenarkan?

Ya, tempahan awal perlu dibuat terlebih dahulu di website kami untuk mendapatkan slot photoshoot anda. Walk-in adalah tidak dibenarkan, dan tiada sebarang rundingan. Setiap tempahan slot photoshoot memerlukan Deposit RM50. Deposit tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya pelanggan gagal hadir pada sesi photoshoot yang dipersetujui. Pelanggan boleh menukar tarikh sesi photoshoot selewatnya 48 jam sebelum tarikh asal, bergantung kepada slot kekosongan yang ada. Pembatalan sesi photoshoot yang telah ditempah akan mengakibatkan deposit atau bayaran penuh anda tidak dikembalikan.

4. Setelah membuat tempahan, bilakah waktu yang sesuai untuk saya datang photoshoot raya di Rekahub Studio?

Datang pada tarikh mengikut tempahan yang dibuat, anda WAJIB untuk datang 15 minit awal sebelum sesi photoshoot anda bermula. Kegagalan untuk hadir pada waktu yang dipersetujui akan menyebabkan pertindihan slot dengan pelanggan lain dan seterusnya. Sekiranya tiba lebih awal, hanya 1 orang sahaja yang dibenarkan untuk naik ke studio bagi memastikan giliran anda.

5. Vnc Production mesra kanak-kanak ke? Saya risau anak-anak meragam ketika photoshoot.

Ya, setiap jurugambar kami mesra kanak-kanak dan sentiasa dilatih untuk menceriakan dan pandai menarik perhatian kanak-kanak semampu kami. Namun, anda juga harus memastikan anak-anak datang dalam keadaan sihat, mendapat cukup rehat dan disediakan susu atau makanan yang cukup bagi membantu memupuk mood yang baik semasa photoshoot berlangsung.

6. Bolehkah kami menukar pakaian, bersiap dan make-up di studio?

Kami menyediakan bilik persalinan (tandas) di studio dan cermin untuk bersolek.

7. Adakah kasut dibenarkan pakai semasa photoshoot nanti?

Ya, kasut dibenarkan untuk pakai semasa photoshoot nanti. Sila pastikan kasut anda dalam keadaan bersih dan tidak kotor semasa masuk kedalam studio untuk memastikan kebersihan studio sentiasa terjaga. Ini kerana pelanggan kami majoriti adalah keluarga yang mempunyai kanak-kanak dan bayi dan bagi mengelakkan mereka terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.

8. Kebiasaannya nanti, berapakah anggaran keping gambar (softcopy) yang kami akan dapat selepas photoshoot?

Dianggarkan lebih kurang 30-60 keping gambar jika semua ahli keluarga dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi photoshoot berlangsung.

9. Masa yang diberi untuk sesi photoshoot hanya 15 minit, sempat ke? Dapat gambar apa ya nanti?

Masa 15 minit tersebut adalah sempat jika anda telah siap sepenuhnya dari rumah dan mood anak-anak juga berada dalam keadaan yang baik. Dan yang paling penting setiap ahli keluarga dapat tiba mengikut masa temujanji yang ditetapkan. Setiap sesi photoshoot bagi setiap keluarga akan mendapat gambar pose yang seperti berikut:

a) Gambar penuh seisi keluarga formal dan freestyle

b) Gambar suami dan isteri

c) Gambar anak-anak atau adik beradik

d) Gambar ahli keluarga Perempuan

e) Gambar ahli keluarga lelaki

f) Gambar anak dan ayah

g) Gambar anak dan ibu

h) Gambar bersalaman raya

i) Jika sempat dan ada masa lagi, lebih banyak lagi pon boleh

10. Saya dan keluarga tak pandai posing, macam mana nak buat ya?

Jangan risau, jurugambar kami akan membantu anda untuk mendapatkan pelbagai posing yang sesuai dan menarik. Tetapi jika ada contoh posing anda sendiri yang nak kami ambil, ia lebih dialu-alukan.

11. Bolehkah saya membawa 2 set persalinan untuk ditukar semasa photoshoot?

 Pakej ini adalah untuk 1 persalinan sahaja. sekiranya anda ingin menukar dan mengambil gambar dengan set persalinan yang kedua, anda perlu menambah satu sesi lagi atau menempah dengan pakej 30minit dan keatas.

12. Saya nak tempah pakej berserta frame tapi saya tak pandai nak agak saiz frame. boleh terangkan?

 Sekiranya anda perlukan bimbingan mengenai pakej frame, boleh hubungi pihak kami dan staff kami akan berikan link contoh frame yang menerangkan lebih terperinci tentang setiap satu jenis dan saiz frame.

13. Berapa lamakah tempoh kami akan dapat softcopy gambar photoshoot nanti?

Gambar softcopy akan dapat SERTA MERTA  selepas sesi photoshoot anda selesai. bagi yang menempah pakej frame pula, frame gambar tersebut akan siap 30 hari selepas daripada tarikh pemilihan gambar untuk dicetak dari pihak anda.